Dunia Muzik Cikgu Chan ♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯

Marilah kita bersama-sama melangkah masuk ke dunia muzik...

PANDANGAN DAN FALSAFAH MUZIK SECARA AM
Muzik adalah penting dalam kehidupan seharian. Setiap orang semestinya diberikan peluang mempelajarinya. Bagaimanapun tidak semua orang mampu mengajarnya. Kelainan dalam muzik adalah tersangat besar, maka semestinya tidak ada had terhadap jumlah muzik yang boleh diajar. Pendidik muzik mempunyai pengetahuan tentang ini dan mereka bertanggungjawab berkongsinya dengan orang lain.
Muzik adalah sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dilahirkan. Muzik dan seni adalah cara universal bagi setiap orang berkongsi perasaan di antara mereka dahulu dan kini. Seni gagal berfungsi dengan berkesan jikalau hanya melalui perantara kata-kata. Untuk menyatukan masyarakat pelbagai keturunan dan latar belakang, muzik berfungsi sebagai elemen penting. Pada hemat saya, sukan gagal menyatukan masyarakat kerana ia kerapkali berakhir dengan sikap persaingan yang kurang sihat di kalangan pesaing. Muzik mengajar generasi muda agar bertanggungjawab dan berkerjasama di antara satu sama lain di dalam sesuatu ensemble. Tiada persaingan berlaku kerana pemuzik-pemuzik harus memainkan peranan masing-masing.
Sekolah memainkan peranan sebagai landasan kepada semangat berpasukan. Ramai orang melihat aktiviti-aktiviti kokurikulum sebagai penyokong kepada idea ini. Bagaimanapun, kelas-kelas muzik membantu pelajar menyedari bahawa mereka perlu mengambil berat dan berusaha keras supaya menjadi sebahagian daripada pemain pasukan. Kanak-kanak perlu diajar akan kepentingan bekerja dalam pasukan bukannya hanya beraksi sebagai seorang pemain dalam sesuatu entiti. Jika mereka didedahkan kepada perkara ini di awal kanak-kanak, setiap seorang akan merasa bahawa mereka bertanggung jawab terhadap satu sama lain. Mereka akan mampu berkomunikasi dengan baik dan mempunyai harga diri yang tinggi. Masing-masing akan menyedari bahawa setiap seorang adalah penting dan mempunyai peranan tertentu di dalam pasukan.
Muzik juga membantu mengajar kanak-kanak erti tanggung jawab. Jika mereka bertanggung jawab terhadap bahagian-bahagian yang mereka mainkan di dalam ensembel, perkara yang sama juga akan dilakukan apabila mereka berada di luar. Kerjasama di dalam sesebuah ensembel melahirkan muzik yang indah dan menarik yang berupaya mengangkat martabat sesebuah karya. Para penonton yang terhibur akan menghadiahkan tepukan keramat dan sokongan begini merupakan azimat kepada pemuzik-pemuzi muda sesebuah ensembel kerana mereka sedar bahawa muzik mereka mendapat pengiktirafan.
Kesemua jenis muzik seharusnya diajar di sekolah. Para pelajar sepatutnya belajar kelainan muzik di antara zaman-zaman sejarah muzik dan setiap tempoh masa membawa watak berlainan kepada muzik yang kita dengar sekarang. Seorang pelajar harus mempunyai pengetahuan yang menyeluruh berkisar mengenai aspek-aspek penting muzik itu sendiri. Pelbagai jenis muzik membantu pelajar-pelajar mempelajari pelbagai konsep dan memperkenalkan mereka kepada sejarah sesuatu muzik tersebut ataupun latar belakang kebudayaan yang berbeza.
Kelas muzik di Malaysia sepatutnya tidak hanya mengajar muzik klasikal sahaja, tetapi pelbagai campuran irama yang belum didedahkan kepada mereka. Seseorang pelajar wajib diperkenalkan kepada muzik budaya lain untuk meluaskankan skop pandangan mereka. Tetapi itu tidak bererti bahawa pendidik muzik perlu mengajar budaya asal lagu-lagu yang di ajar. Pendidik muzik perlu cuba menerangkan sedikit sebanyak karya dan latarbelakangnya.Walaubagaimanapun penerangan tersebut tidaklah perlu jauh ke dalam perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan budaya muzik yang diajar. Budaya dan aspek-aspek lain berhubung dengan manusia di dalam karya tersebut tidak semestinya diajar kecuali perkara-perkara tersebut mempunyai kaitan. Satu kaedah yang berkesan untuk guru mengukuhkan idea-idea yang diajar adalah dengan menintegrasikan sujek-subjek lain seperti Pengajian Sosial dan Bahasa Inggeris. Ini adalah ara yang terbaik untuk guru muzik bermesra dengan para tenaga pengajar yang lain bukannya mengasingkan diri terpencil dalam dunia tersendiri.
Selain daripada mempelajari muzik budaya lain, setiap pelajar seharusnya diberikan peluang mengalami muzik secara terbuka. Di sekolah, para pelajar diwajibkan mempelajari matematik dan sains kerana kedua-dua subjek tersebut amat penting dalam kehidupan seharian. Jikalau perkara yang sama tidak dilakukan terhadap muzik, itu bermakna pelajar-pelajar ini telah dinafikan sesuatu perkara asas yang merupakan rutin kehidupan. Segelintir masyarakat mungkin beranggapan bahawa muzik adalah hanya pengetahuan am yang mudah didapati dalam kehidupan seharian dan pelajar-pelajar tidak perlu menerokanya di dalam situasi kelas. Namun, pelajar akan lebih memahami apa yang akan mereka alami di dalam kehidupan seharian jika disajikan dengan sedikit pengetahuan muzik.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran juga berupaya memperoleh kelebihan jika mempelajari muzik walaupun seketika. Pelajar-pelajar yang memerlukan tumpuan istimewa berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai cara. Menerusi muzik mereka dapat berinteraksi secara perasaan dengan orang lain. Pelajar-pelajar istimewa juga berupaya membantu orang lain memahami mereka melalui muzik yang dimainkan secara berpasukan. Mereka yang terlibat pula mestilah memperlihatkan sifat keterbukaan dan memahami bagaimana memanfaatkan muzik sebagai medium perhubungan. Sebagai tenaga pengajar muzik, kita mestilah terus memperluaskan pengetahuan tentang subjek tersebut dan sentiasa mencari kaedah yang lebih berkesan demi manfaat ramai.
Tidak semua orang berkemampuan menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terhadap muzik dan berupaya mengajarnya di tahap yang boleh diterima ramai. Oleh kerana itu pendidik muzik wajarlah komited terhadap tugas, berupaya melibatkan komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran dan sentiasa bersikap aktif terhadap program yang dianjurkan kerana ia membantu membawa situasi-situasi positif yang berlainan ke dalam program. Sesebuah program muzik akan menemui kegagalan tanpa kerjasama para pelajar dan ibubapa. Oleh itu para pendidik muzik wajar bersiap sedia membina sahsiah diri agar dapat memperoleh kerjasama erat di kalangan ibubapa dan para pelajar supaya program yang dibina menemui kejayaan yang cemerlang. Pendekata, pendidik muzi yang cekap, cekal, komited serta mampu berkomunikasi dengan berkesan sahaja yang mampu melonjakkan agenda program muzik ke peringkat yang tertinggi.
Seorang pendidik muzik mestilah berfikiran terbuka dan memahami bahawa terdapat kepelbagaian genre dan peringkat muzik yang diminati oleh para pelajar dan juga sikap-sikap tertentu di kalangan mereka yang bakal memberi impak kepada pembelajaran. Oleh kerana itu semasa menilai para pelajar tersebut, pendidik muzik harus akur terhadap tahap penerimaan pembelajaran mereka kerana kepada sebahagian besar pelajar-pelajar berkenaan muzik hanyalah sebagai salah satu cara melepaskan ketegangan dan bersantai.
Penilaian adalah penting dalam pembelajaran. Daripada lima jenis penilaian, yang paling bernilai adalah penilaian tulen. Seseorang pendidik muzik menilai para pelajar atas keupayaan mereka mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam kehidupan seharian. Ujian ayang dijalankan dari masa ke semasa bukan merupakan penanda aras terbaik terhadap kemampuan pelajar-pelajar mengaplikasi pengetahuan. Walaubagaimanapun, penilaian secara formal merupakan cara berkesan untuk menentukan samada sesuatu topik atau subjek perlu diulangkaji jika sebahagian besar pelajar menghadapi kesukaran menjawab soalan-soalan ujian tersebut.
Penilaian secara formal perlu kerana ia mampu memberikan gambaran yang nyata terhadap kemampuan para pelajar terhadap pembelajaran. Oleh kerana pihak pendidik muzik sewajarnya menonjolkan keupayaan para pelajar mereka menerusi konsert dan festival muzik agar bakat dan kemahiran mereka dapat dipertontonkan kepada umum, kaum keluarga, sahabat handai dan peminat-peminat setia mereka.
Muzik perlu menjadi sebahagian daripada kehidupan individu. Tidak ada had terhadap apa yang sedang dipelajari ataupun bakal dipelajari oleh seseorang individu. Pendidikan muzi di sekolah berupaya membawa peluang ini kepada para pelajar. Hanya pendidik muzik yang komited sahaja yang berkemampuan merealisasikan impian luhur dan murni ini. Keberkesasan pengajaran dan pembelajaran muzik bergantung kepada sejauh mana peranan yang dimainkan oleh seseorang pendidik muzik. Kalau ini berjaya dilakukan, para pelajar dapat mengoptimumkan pembelajaran dan mereka akan merasai kelebihan dan kepentingan muzik di dalam kehidupan seharian dan masa depan pendidikan muzik akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Pemilik Blog

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nombor Matrik:D20102043701

Welcome

Para pembaca yang dihormati sekalian, Selamat datang ke chanwaiharn.blogspot.com. Saya sangat mengalu-alukan lawatan anda. Sila berikan komen tentang blog saya ini.

Ikutilah saya di Twitter!

Tekan butang burung di bawah untuk melawati halaman twitter saya!
  • Loading Tweets..

Playlist
MusicPlaylist atMixPod.com

View my profile on

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers