Dunia Muzik Cikgu Chan ♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯

Marilah kita bersama-sama melangkah masuk ke dunia muzik...

http://youtu.be/P8n7mHJBhmw

Peranan muzik memupuk minda kanak-kanak

MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah.
Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.
Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.
Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.
Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.
Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.
Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.
Kepelbagaian muzik
Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi.
“Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan,” kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.
Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.
Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik.
91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.
Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.
Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.
Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda.
Perasaan
Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik.
Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi.
Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.
Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.
Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.
Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.
Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.
Otak kiri
Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.
Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.
Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.
Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.
Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.
John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: “Apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa…Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.”
Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.
Di dalam artikel “Adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (“Does music make us smarter?”) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak.
Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.
Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.
Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.
Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.
Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.
Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.
* RENCANA ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan) and Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).

PANDANGAN DAN FALSAFAH MUZIK SECARA AM
Muzik adalah penting dalam kehidupan seharian. Setiap orang semestinya diberikan peluang mempelajarinya. Bagaimanapun tidak semua orang mampu mengajarnya. Kelainan dalam muzik adalah tersangat besar, maka semestinya tidak ada had terhadap jumlah muzik yang boleh diajar. Pendidik muzik mempunyai pengetahuan tentang ini dan mereka bertanggungjawab berkongsinya dengan orang lain.
Muzik adalah sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dilahirkan. Muzik dan seni adalah cara universal bagi setiap orang berkongsi perasaan di antara mereka dahulu dan kini. Seni gagal berfungsi dengan berkesan jikalau hanya melalui perantara kata-kata. Untuk menyatukan masyarakat pelbagai keturunan dan latar belakang, muzik berfungsi sebagai elemen penting. Pada hemat saya, sukan gagal menyatukan masyarakat kerana ia kerapkali berakhir dengan sikap persaingan yang kurang sihat di kalangan pesaing. Muzik mengajar generasi muda agar bertanggungjawab dan berkerjasama di antara satu sama lain di dalam sesuatu ensemble. Tiada persaingan berlaku kerana pemuzik-pemuzik harus memainkan peranan masing-masing.
Sekolah memainkan peranan sebagai landasan kepada semangat berpasukan. Ramai orang melihat aktiviti-aktiviti kokurikulum sebagai penyokong kepada idea ini. Bagaimanapun, kelas-kelas muzik membantu pelajar menyedari bahawa mereka perlu mengambil berat dan berusaha keras supaya menjadi sebahagian daripada pemain pasukan. Kanak-kanak perlu diajar akan kepentingan bekerja dalam pasukan bukannya hanya beraksi sebagai seorang pemain dalam sesuatu entiti. Jika mereka didedahkan kepada perkara ini di awal kanak-kanak, setiap seorang akan merasa bahawa mereka bertanggung jawab terhadap satu sama lain. Mereka akan mampu berkomunikasi dengan baik dan mempunyai harga diri yang tinggi. Masing-masing akan menyedari bahawa setiap seorang adalah penting dan mempunyai peranan tertentu di dalam pasukan.
Muzik juga membantu mengajar kanak-kanak erti tanggung jawab. Jika mereka bertanggung jawab terhadap bahagian-bahagian yang mereka mainkan di dalam ensembel, perkara yang sama juga akan dilakukan apabila mereka berada di luar. Kerjasama di dalam sesebuah ensembel melahirkan muzik yang indah dan menarik yang berupaya mengangkat martabat sesebuah karya. Para penonton yang terhibur akan menghadiahkan tepukan keramat dan sokongan begini merupakan azimat kepada pemuzik-pemuzi muda sesebuah ensembel kerana mereka sedar bahawa muzik mereka mendapat pengiktirafan.
Kesemua jenis muzik seharusnya diajar di sekolah. Para pelajar sepatutnya belajar kelainan muzik di antara zaman-zaman sejarah muzik dan setiap tempoh masa membawa watak berlainan kepada muzik yang kita dengar sekarang. Seorang pelajar harus mempunyai pengetahuan yang menyeluruh berkisar mengenai aspek-aspek penting muzik itu sendiri. Pelbagai jenis muzik membantu pelajar-pelajar mempelajari pelbagai konsep dan memperkenalkan mereka kepada sejarah sesuatu muzik tersebut ataupun latar belakang kebudayaan yang berbeza.
Kelas muzik di Malaysia sepatutnya tidak hanya mengajar muzik klasikal sahaja, tetapi pelbagai campuran irama yang belum didedahkan kepada mereka. Seseorang pelajar wajib diperkenalkan kepada muzik budaya lain untuk meluaskankan skop pandangan mereka. Tetapi itu tidak bererti bahawa pendidik muzik perlu mengajar budaya asal lagu-lagu yang di ajar. Pendidik muzik perlu cuba menerangkan sedikit sebanyak karya dan latarbelakangnya.Walaubagaimanapun penerangan tersebut tidaklah perlu jauh ke dalam perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan budaya muzik yang diajar. Budaya dan aspek-aspek lain berhubung dengan manusia di dalam karya tersebut tidak semestinya diajar kecuali perkara-perkara tersebut mempunyai kaitan. Satu kaedah yang berkesan untuk guru mengukuhkan idea-idea yang diajar adalah dengan menintegrasikan sujek-subjek lain seperti Pengajian Sosial dan Bahasa Inggeris. Ini adalah ara yang terbaik untuk guru muzik bermesra dengan para tenaga pengajar yang lain bukannya mengasingkan diri terpencil dalam dunia tersendiri.
Selain daripada mempelajari muzik budaya lain, setiap pelajar seharusnya diberikan peluang mengalami muzik secara terbuka. Di sekolah, para pelajar diwajibkan mempelajari matematik dan sains kerana kedua-dua subjek tersebut amat penting dalam kehidupan seharian. Jikalau perkara yang sama tidak dilakukan terhadap muzik, itu bermakna pelajar-pelajar ini telah dinafikan sesuatu perkara asas yang merupakan rutin kehidupan. Segelintir masyarakat mungkin beranggapan bahawa muzik adalah hanya pengetahuan am yang mudah didapati dalam kehidupan seharian dan pelajar-pelajar tidak perlu menerokanya di dalam situasi kelas. Namun, pelajar akan lebih memahami apa yang akan mereka alami di dalam kehidupan seharian jika disajikan dengan sedikit pengetahuan muzik.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran juga berupaya memperoleh kelebihan jika mempelajari muzik walaupun seketika. Pelajar-pelajar yang memerlukan tumpuan istimewa berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai cara. Menerusi muzik mereka dapat berinteraksi secara perasaan dengan orang lain. Pelajar-pelajar istimewa juga berupaya membantu orang lain memahami mereka melalui muzik yang dimainkan secara berpasukan. Mereka yang terlibat pula mestilah memperlihatkan sifat keterbukaan dan memahami bagaimana memanfaatkan muzik sebagai medium perhubungan. Sebagai tenaga pengajar muzik, kita mestilah terus memperluaskan pengetahuan tentang subjek tersebut dan sentiasa mencari kaedah yang lebih berkesan demi manfaat ramai.
Tidak semua orang berkemampuan menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terhadap muzik dan berupaya mengajarnya di tahap yang boleh diterima ramai. Oleh kerana itu pendidik muzik wajarlah komited terhadap tugas, berupaya melibatkan komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran dan sentiasa bersikap aktif terhadap program yang dianjurkan kerana ia membantu membawa situasi-situasi positif yang berlainan ke dalam program. Sesebuah program muzik akan menemui kegagalan tanpa kerjasama para pelajar dan ibubapa. Oleh itu para pendidik muzik wajar bersiap sedia membina sahsiah diri agar dapat memperoleh kerjasama erat di kalangan ibubapa dan para pelajar supaya program yang dibina menemui kejayaan yang cemerlang. Pendekata, pendidik muzi yang cekap, cekal, komited serta mampu berkomunikasi dengan berkesan sahaja yang mampu melonjakkan agenda program muzik ke peringkat yang tertinggi.
Seorang pendidik muzik mestilah berfikiran terbuka dan memahami bahawa terdapat kepelbagaian genre dan peringkat muzik yang diminati oleh para pelajar dan juga sikap-sikap tertentu di kalangan mereka yang bakal memberi impak kepada pembelajaran. Oleh kerana itu semasa menilai para pelajar tersebut, pendidik muzik harus akur terhadap tahap penerimaan pembelajaran mereka kerana kepada sebahagian besar pelajar-pelajar berkenaan muzik hanyalah sebagai salah satu cara melepaskan ketegangan dan bersantai.
Penilaian adalah penting dalam pembelajaran. Daripada lima jenis penilaian, yang paling bernilai adalah penilaian tulen. Seseorang pendidik muzik menilai para pelajar atas keupayaan mereka mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam kehidupan seharian. Ujian ayang dijalankan dari masa ke semasa bukan merupakan penanda aras terbaik terhadap kemampuan pelajar-pelajar mengaplikasi pengetahuan. Walaubagaimanapun, penilaian secara formal merupakan cara berkesan untuk menentukan samada sesuatu topik atau subjek perlu diulangkaji jika sebahagian besar pelajar menghadapi kesukaran menjawab soalan-soalan ujian tersebut.
Penilaian secara formal perlu kerana ia mampu memberikan gambaran yang nyata terhadap kemampuan para pelajar terhadap pembelajaran. Oleh kerana pihak pendidik muzik sewajarnya menonjolkan keupayaan para pelajar mereka menerusi konsert dan festival muzik agar bakat dan kemahiran mereka dapat dipertontonkan kepada umum, kaum keluarga, sahabat handai dan peminat-peminat setia mereka.
Muzik perlu menjadi sebahagian daripada kehidupan individu. Tidak ada had terhadap apa yang sedang dipelajari ataupun bakal dipelajari oleh seseorang individu. Pendidikan muzi di sekolah berupaya membawa peluang ini kepada para pelajar. Hanya pendidik muzik yang komited sahaja yang berkemampuan merealisasikan impian luhur dan murni ini. Keberkesasan pengajaran dan pembelajaran muzik bergantung kepada sejauh mana peranan yang dimainkan oleh seseorang pendidik muzik. Kalau ini berjaya dilakukan, para pelajar dapat mengoptimumkan pembelajaran dan mereka akan merasai kelebihan dan kepentingan muzik di dalam kehidupan seharian dan masa depan pendidikan muzik akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?


KANAK-kanak yang didedahkan dengan muzik akan lebih kreatif dan mengapresiasi muzik apabila mereka dewasa kelak. - Gambar Hiasan.



RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.
Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.
Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan.
Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain.
Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya.
Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit.
Itu daripada segi tarikan luaran. Apabila bercakap daripada segi dalaman pula, bagaimana sumbangan muzik dalam mempengaruhi emosi, psikologi, ketrampilan diri dan pembentukan nilai intelek seseorang?
Ia agak terlalu jauh ke depan. Mungkin kita tidak terfikir sampai ke tahap itu lagi. Apa pun, ia boleh dimaafkan sesuai dengan taraf kita yang tinggal di negara membangun.
Bagaimanapun, dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, ramai juga di antara kita yang telah mulai sedar peri pentingnya muzik.
Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) contohnya, mengalu-alukan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sejak sekian lama prihatin dalam menerapkan pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah.
Matapelajaran muzik yang diserapkan menerusi ko-kurikulum sekolah memang suatu pendekatan yang seiring dengan keperluan negara dalam menuju ke arah negara maju. Bak kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebung.
Sayangnya, minggu lalu terdengar pula ura-ura KPM bercadang mahu mengurangkan masa 60 minit seminggu yang diperuntukkan dalam Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah rendah.
Pengurangan waktu dalam matapelajaran muzik itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan hasrat kita dalam melahirkan 'celik muzik' di kalangan generasi pelapis pada masa depan.
Sebabnya, kuota masa untuk matapelajaran muzik sebelum ini boleh dianggap tidak penting dan hanya sisipan sahaja. Malah, jumlahnya antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Dalam isu ini, cadangan KPM yang mahu mengurangkan jumlah waktu pengajaran dalam matapelajaran muzik yang selama ini memang terlalu sedikit harus dipertimbangkan semula.
Kita sepatutnya mengambil contoh negara-negara maju seperti Jepun yang mewajibkan setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1 hingga tingkatan 3) mengikuti pelajaran muzik selama 120 minit seminggu.
Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun menyediakan kemudahan dan peralatan serta bahan pengajaran lengkap untuk pengajaran matapelajaran muzik.
Sementara di Jerman pula, setiap murid dari peringkat tadika hingga ke gred 12 (tingkatan 2) pula diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik sekurang-kurangnya 90 minit seminggu.
Pendedahan dalam bidang muzik terutamanya daripada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak amat penting dan dipercayai banyak mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak.
Tidak hairanlah ramai pakar psikologi Barat yang mendedahkan muzik pada peringkat dalam kandungan lagi dengan muzik-muzik tertentu seperti klasikal bagi membantu perkembangan otak janin.
Dunia pendidikan Islam juga tidak ketinggalan menerapkan alunan irama-irama tertentu dalam melahirkan insan yang membangun seiring dengan pengaruh spritual dan jasmani sejak bayi masih dalam kandungan.
Selain itu, pendidikan muzik pada peringkat kanak-kanak juga akan mendedahkan mereka dengan pelbagai genre dan perkembangan muzik yang amat luas cabang genre serta daya kreativitinya.
Muzik seharusnya dibincangkan secara lebih intelek bagi mengupas segala macam nilai pemikiran dan kreativiti dalam penghasilannya. Daripada situ ia juga boleh diadaptasi ke dalam pelbagai lagi bidang yang merangkumi kerjaya dan cabang-cabang kehidupan yang lain.
Kalaulah pendekatan ini dipandang serius, kita yakin generasi sekarang yang banyak didedahkan dengan muzik akan menjadi lebih progresif pada masa depan.
Pendidikan muzik sejak dari peringkat kanak-kanak secara tidak langsung akan mudah melahirkan masyarakat yang bukan sahaja 'celik muzik' tetapi juga tahap apresiasi mereka yang lebih tinggi.
Para peminat kelak tentunya akan mempunyai citarasa dan pemilihan atas sesuatu karya muzik dengan memilih hanya yang benar-benar kreatif serta bermutu sahaja.
Tidak hairanlah industri muzik tanah air sekarang ini kelihatan statik kerana ia antara lain berpunca daripada tahap citarasa, pendedahan dan pengetahuan kita yang amat cetek dalam bidang muzik.
Pada masa sama, masalah cetak rompak atau hak-hak serta undang-undang yang berkaitan harta intelek juga mungkin dapat ditangani dengan lebih mudah pada masa depan.
Ini kerana apalah gunanya negara mencapai status negara maju sedangkan tahap pemikiran, pengetahuan dan apresiasi kita termasuklah terhadap muzik masih lagi berada ditakuk seperti negara dunia ketiga?





A drum kit (also drum set[1]) is a collection of drums, cymbals and often other percussion instruments, such as cowbells, wood blocks, triangles, chimes, or tambourines, arranged for convenient playing by a single person (drummer).
The individual instruments of a drum kit are hit by a variety of implements held in the hand, including sticks, brushes, and mallets. Two exceptions include the bass drum, played by a foot-operated pedal, and the hi-hat cymbals, which may be struck together using a foot pedal in addition to being played with sticks or brushes. Although other instruments can be played using a pedal, the feet are usually occupied by the bass drum and hi hat, and as a result the drummer often plays in a seated position. Percussion notation is often used by drummers to signify which drum kit components are to be played. A full size drum kit without any additional percussion instruments includes a bass drum, floor tom, snare drum, tom-toms, and a variety of cymbals including hi-hat cymbals, a ride cymbal and one or more crash cymbals. The exact set-up is dictated by the type of music played and the drummer's personal preferences. For example, in most forms of rock music, the bass drum, hi-hat and snare drum are the primary instruments used to create a drum beat, whereas in jazz, ride and snare patterns tend to be more prevalent and the hi-hat is played with the foot.
Drum kits have grown in size and components from old style jazz/dance hall kits through to modern rock/techno kits.



XYLOPHONE

The xylophone (from the Greek words ξύλονxylon, "wood"[1] + φωνήphonē, "sound, voice",[2] meaning "wooden sound") is a musical instrument in the percussion family that consists of wooden (not steel) bars struck by mallets. Each bar is an idiophone tuned to a pitch of a musical scale, whether pentatonic or heptatonic in the case of many African and Asian instruments, diatonic in many western children's instruments, or chromatic for orchestral use. The term may be used generally, to include all such instruments, such as the marimba and balafon or, more specifically, to refer to an orchestral instrument of somewhat higher pitch range than the chromatic marimba. It is sometimes mistakenly used of similar lithophones and metallophone instruments of the glockenspiel type such as the pixiphone.









HARMONIKA
Harmonika adalah sebuah alat muzik yang paling mudah dimainkan. Hanya tinggal meniup dan menghisapnya harmonika akan mengeluarkan suara yang cukup bagus. Harmonika berasal dari alat musik tradisional China yang bernama 'Sheng' yang telah digunakan kira-kira 5000 tahun yang lalu sejak kekaisaran Nyu-kwa.
Harmonika modern ditemukan pada tahun 1821 oleh Christian Friedrich Buschmann. Sebuah instrumen musik tiup sederhana yang terdiri dari plat-plat getar dari logam yang disusun secara horozontal dengan desain yang kurang baik dan hanya menyediakan nada tiup kromatis.
Desain awal dari Buschmann akhirnya banyak ditiru dan dimodifikasi menjadi lebih baik. Salah satu contohnya adalah harmonika buatan Richter yang merupakan desain awal dari sebuah harmonika modern. Pada tahun 1826 ia mengembangkan variasi harmonika dengan 10 lubang tetap dan 20 pelat getar dengan pemisahan fungsi pelat yang ditiup dan yang dihisap. Pada akhirnya, nada yang dibuat oleh Richter disebut sebagai nada diatonis dan merupakan nada standard harmonika.
Bisnis instrumen Harmonika dimulai pada tahun 1857 saat pengrajin jam Jerman bernama Matthias Hohner memutuskan untuk menjadi produsen harmonika. Dengan bantuan dari keluarganya, ia dapat memproduksi 650 harmonika tahun itu. Hohner memperkenalkan harmonika ke Amerika Utara pada 1862 sebuah langkah yang membawa pabrikan Hohner menjadi produsen nomor satu utnuk harmonika. Pada 1887 Hohner telah memproduksi lebih dari 1 juta harmonika per tahunnya. Sekarang, Hohner telah memproduksi lebih dari 90 model harmonika yang berbeda jenis, nada, dan model. Yang memungkinkan untuk memainkan berbagai macam gaya musik mulai dari pop, blues, rock, country, ska dan bermacam-macam lainnya.

Segitiga kuno, dengan tongkat (pemukul)

File:Triangle instrument.png

Dalam musik rakyat, forró dan musik rock segitiga sering hooked atas tangan sehingga satu sisi dapat damped oleh jari-jari untuk menvariasikan nada. Lapangan dapat juga menjadi modulasi sedikit oleh berbagai wilayah menyerang dan lebih halus redaman.
Segitiga (dikenal di Perancis Cajun sebagai ' tit-fer) populer di Cajun musik yang berfungsi sebagai yang mengalahkan yang kuat, terutama jika tidak ada kehadiran drum .[1]
Dalam musik klasik Eropa, segitiga telah digunakan di barat klasik orkestra sejak sekitar pertengahan abad ke-18.


Segitiga kuno, dengan tongkat (pemukul

Pada alat segitiga , salah satu sudut yang dibiarkan terbuka, dengan ujung bar tidak cukup menyentuh. Ini menyebabkan instrumen untuk tdk tidak menetap atau memutuskan pitch. Sangat baik ditangguhkan dari salah satu sudut lain oleh sepotong kawat tipis, string, atau usus, meninggalkan bebas untuk bergetar, atau ketagihan atas tangan. Biasanya tersadar dengan logam pemukul, memberikan nada dering, bernada tinggi.
Meskipun bentuk hari ini umumnya dalam bentuk segitiga sama sisi, instrumen awal sering dibentuk sebagai sama kaki segitiga. Pada hari-hari awal segitiga memiliki cincin yang jingling sepanjang sisi yang lebih rendah.


Dalam musik rakyat, forró dan musik rock segitiga sering hooked atas tangan sehingga satu sisi dapat damped oleh jari-jari untuk memvariasikan nada. Lapangan dapat juga menjadi modulasi sedikit oleh berbagai wilayah menyerang dan lebih halus redaman.
Segitiga (dikenal di Perancis Cajun sebagai ' tit-fer) populer di Cajun musik yang berfungsi sebagai yang mengalahkan yang kuat, terutama jika tidak ada drum hadir.[1]
Dalam musik klasik Eropa, segitiga telah digunakan di barat klasik orkestra sejak sekitar pertengahan abad ke-18.



Setiap orang pasti akan melalui zaman kanak-kanak. Saya percaya bahawa kebanyakan orang, terutamanya mereka yang dilahirkan pada zaman moden ini, melalui masa kanak-kanak yang gembira dan bahagia. Memandangkan muzik kian menjadi satu aspek yang tidak dapat dipisahkan dalam era ini (setiap hari kita pasti akan didedahkan kepada muzik tanpa disedari, biarkan daripada siaran radio, ataupun iklan-iklan elektronik), masyarakat kini pasti diperkenalkan dan diajarkan lagu kanak-kanak pada masa kecil. Lagu-lagu ini biasanya tidak akan dilupakan walaupun seseorang itu telah menjadi tua kerana lagu-lagu ini membawa nostalgia dan memori yang berharga kepada setiap orang.


Lagu kanak-kanak merupakan lagu yang dinyanyikan ataupun diajarkan kepada anak-anak oleh orang dewasa, terutamanya ibu-bapa. Irama lagu-lagu genre ini mudah diingati dan berulang-ulang. Lagu-lagu ini biasanya mempunyai rentak yang pantas dan 'lively', iaitu meriah. Lagu seperti ini adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenali perkataan yang mudah dan membuka mulut untuk menyanyi. Biasanya, lirik lagu jenis ini ialah sebuah cerita. Terdapat juga yang membawa pengajaran ataupun nasihat kepada golongan yang muda, tetapi kebanyakannya tiada maksud yang penting, hanya digubah untuk hiburan.

Yang berikut merupakan antara lagu kanak-kanak yang popular di negara kita:


Lagu Bangau Oh Bangau



Lagu Tiga Kupang 




 "Dua Ekor Harimau" ( Bahasa Cina: Liang Zhi Lao Hu)







Saya Mempunyai Seekor Keldai, Burung Helang dan Anak Ayam, Menarik Lobak Merah 
(Bahasa Cina: Wo You Yi Zhi Xiao Mao Lv, Lao Ying Zhua Xiao Ji, Ba Luo Bo)











Contoh Lagu Kanak-kanak dari negara Barat:



Twinkle twinkle Little Star




Mary Had A Little Lamb


Berikutan pos saya yang lalu, saya ingin mengesyorkan beberapa lagu tradisional Malaysia yang amat terkenal. Lagu-lagu ini mempunyai rentak yang pantas dan bertenaga. Lirik mudah faham dan senang ingat. Lagu-lagu seperti ini diwarisi secara turun-temurun dan diajarkan kepada kanak-kanak sejak di bangku sekolah. Lagu-lagu ini digemari ramai kerana mereka membawa kegembiraan. Antara lagu tradisional yang diketahui oleh pelbagai kaum di Malaysia termasuklah Rasa Sayang, Burung Kakak Tua dan Lompat Katak.



Lagu Rasa Sayang:


Rasa Sayang ialah sebuah lagu rakyat dalam bahasa Melayu yang popular di Malaysia, Indonesia dan Singapura. "Rasa Sayang" agak mirip dengan Dondang sayang dan banyak lagi lagu Melayu lain yang digubah dalam bentuk pantun, salah satu bentuk puisi tradisional Melayu.







Taip kata laluan 'ilovemusic' untuk melihat lirik lagu Rasa Sayang: ***




Lagu Burung Kakak Tua













Taip kata laluan 'ilovemusic' untuk melihat lirik Burung Kakak Tua: ***





Lagu Lompat Katak








Jika anda ingin membaca cerita di belakang lagu ini, sila tekan pautan ini: Diari Roshatika (Cerita-cerita Orang Port Dickson)






Taip kata laluan 'ilovemusic' untuk melihat lirik Lompat Si Katak Lompat: ***

Apakah perbezaan muzik tradisional dengan muzik moden? Tahukah anda tentang contoh-contoh alat muzik tradisional dan alat muzik moden? Marilah kita sama-sama meneroka dunia muzik tradisional dan popular.



MUZIK TRADISIONAL


Gamelan - Alat muzik tradisional Melayu


Secara umumnya, muzik tradisional merupakan muzik yang diwarisi secara turun-temurun oleh sesuatu kaum. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya dan adat bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri serta keistimewaan muzik tradisionalnya yang tersendiri. Di negara kita, kebanyakan alat muzik tradisional zaman dahulu hanya dimainkan oleh golongan elit ataupun bangsawan. Namun dengan peredaran masa, golongan rakyat  juga tidak ketinggalan dalam menikmati alunan muzik tradisional.



Contoh muzik tradisional Melayu:

Lagu Gamelan: Kunang-kunang Mabuk



Muzik tradisional masyarakat Cina:


Muzik tradisional masyarakat India:




Muzik tradisional Korea:





Muzik tradisional Jepun:





Muzik tradisional negara Barat:







MUZIK POPULAR/MODERN

Guitar Bass - Alat muzik moden

Dengan pelangkahan zaman ke abad ke-21, ciri-ciri dan cara penyampaian muzik di Malaysia telahpun berubah.

"Musik popular atau Musik pop adalah nama bagi aliran-aliran muzik yang didengar luas oleh pendengarnya dan kebanyak bersifat komersial.
Musik populer pertama kali berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1920 di mana rakaman pertama dibuat berdasarkan penemuan Thomas Edison, dibedakan dengan Musik Klasik, Musik Jazz, Musik Tradisional, Musik Blues, kemudian juga berkembang ke negara-negara lain sedunia."

- Dipetik daripada Wikipedia


Jenis-jenis muzik yang amat terkenal pada masa kini termasuklah Pop, Rock, Hip Hop, R&B, Acid Jazz, Acapella, dan sebagainya.


Contoh muzik modern:

Muzik modern Melayu





Muzik modern Cina





Muzik moden India





Muzik moden Korea (K-Pop)




Muzik moden Jepun (J-Pop)






Muzik moden negara Barat (Amerika Syarikat, UK dan lain-lain)









APAKAH ITU MUZIK?

"Mewarnakanlah kehidupan saya dengan warna muzik." 
Adakah anda seorang yang menggemari muzik?
Adakah muzik  sesuatu  aspek yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan harian anda? 


Dipetik daripada Wikipedia:


Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang.

Definisi sebenar muzik juga berbeza:
  • Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
  • Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ia boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.

Marilah kita bersama-sama melihat gambar-gambar yang berikut. Daripada gambar-gambar di bawah, kita dapat melihat tanggapan ataupun pendapat orang lain terhadap muzik.


"Apabila perkataan gagal dalam penyampaian sesuatu, muziklah yang akan menyampaikan."
- William Shakespeare


Berdasarkan pandangan William Shakespeare, sasterawan Inggeris  yang amat terkenal pada abad ke-15, beliau berpendapat bahawa muzik merupakan sesuatu cara untuk melahirkan pandangan ataupun fikiran seseorang. Muzik juga merupakan cara seseorang menyampaikan emosinya tanpa perlunya bercakap. Muzik merupakan medium komunikasi yang efektif. Seseorang yang peka terhadap muzik dapat mengetahui atau merasai fikiran dan emosi penyanyi lagu ataupun pemain alat muzik dengan mudah.

"Muzik menyebabkan dunia ini menjadi tempat yang lebih baik."


Sesetengah orang berpegang teguh pada pendapat bahawa dengan wujudnya muzik, dunia ini akan menjadi sesuatu tempat yang lebih harmoni dan aman untuk kehidupan bersama. Saya bersetuju dengan pendirian ini kerana saya yakin bahawa muzik berperanan menyampaikan mesej ataupun pesanan daripada komposer/penyanyi kepada pendengar. Sebagai contoh, lagu-lagu patriotik seperti 'Sejahtera Malaysia', 'Satu Malaysia', 'Bahasa Jiwa Bangsa', dapat menyemai perasaan cinta akan negara dalam jiwa-jiwa masyarakat di negara kita. Selain dijadikan hiburan, lagu-lagu patriotik seperti ini mengajar warga-warga negara supaya mentaati negara dan menghargai tradisi serta lambang-lambang kedaulatan negara. Apabila pengajaran ataupun mesej seperti ini tersebar dengan luas, negara menjadi aman damai dan semua orang dapat hidup sejahtera. Inilah keajaiban muzik yang membawa kita ke alam yang lebih damai dan sempurna!


"Muzik melambangkan perasaan cinta/sayang."




Seperti yang kita semua tahu, banyak orang amat suka muzik. Muzik, bagi mereka, merupakan sebahagian daripada kehidupan harian mereka. Saya telah bertanya kepada beberapa kawan saya tentang pandangan mereka terhadap muzik dan kepentingan muzik dalam kehidupan mereka. Berikut merupakan jawapan-jawapan mereka:

Daniel (21 tahun)

"Muzik sentiasa mempengaruhi kehidupan saya. Saya bermain piano untuk menghiburkan diri dan juga orang lain."

Ayu (25 tahun)

"Saya belajar bermain piano dan viola sejak berusia 6 tahun. Saya tidak dapat memikirkan kehidupan tanpa muzik. Muzik merupakan sumber kegembiraan saya dan ia telah banyak memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha."


Melody Ho (12 tahun)

"Saya suka muzik. Apabila muzik berbunyi, saya berasa amat gembira. Bagi saya, muzik ialah cara saya menyampaikan emosi saya dan juga cara saya melepaskan semua stres. Saya bermain muzik pada setiap hari selepas menyiapkan kerja rumah."



Selepas membaca pendapat-pendapat di atas, apakah perasaan anda? Adakah muzik sesuatu yang menggembirakan? Adakah muzik sumber keyakinan dan dorongan?

Sila tinggalkan komen anda. Saya akan membalas komen-komen anda.  

Total Pageviews

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Pemilik Blog

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nombor Matrik:D20102043701

Welcome

Para pembaca yang dihormati sekalian, Selamat datang ke chanwaiharn.blogspot.com. Saya sangat mengalu-alukan lawatan anda. Sila berikan komen tentang blog saya ini.

Ikutilah saya di Twitter!

Tekan butang burung di bawah untuk melawati halaman twitter saya!
  • Loading Tweets..

Playlist
MusicPlaylist atMixPod.com

View my profile on

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers