APAKAH ITU MUZIK?
"Mewarnakanlah kehidupan saya dengan warna muzik." Adakah anda seorang yang menggemari muzik? Adakah muzik sesuatu aspek yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan harian anda? |
Dipetik daripada Wikipedia:
Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang.
Definisi sebenar muzik juga berbeza:
- Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ia boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.
- Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Marilah kita bersama-sama melihat gambar-gambar yang berikut. Daripada gambar-gambar di bawah, kita dapat melihat tanggapan ataupun pendapat orang lain terhadap muzik.
"Muzik menyebabkan dunia ini menjadi tempat yang lebih baik." |
Sesetengah orang berpegang teguh pada pendapat bahawa dengan wujudnya muzik, dunia ini akan menjadi sesuatu tempat yang lebih harmoni dan aman untuk kehidupan bersama. Saya bersetuju dengan pendirian ini kerana saya yakin bahawa muzik berperanan menyampaikan mesej ataupun pesanan daripada komposer/penyanyi kepada pendengar. Sebagai contoh, lagu-lagu patriotik seperti 'Sejahtera Malaysia', 'Satu Malaysia', 'Bahasa Jiwa Bangsa', dapat menyemai perasaan cinta akan negara dalam jiwa-jiwa masyarakat di negara kita. Selain dijadikan hiburan, lagu-lagu patriotik seperti ini mengajar warga-warga negara supaya mentaati negara dan menghargai tradisi serta lambang-lambang kedaulatan negara. Apabila pengajaran ataupun mesej seperti ini tersebar dengan luas, negara menjadi aman damai dan semua orang dapat hidup sejahtera. Inilah keajaiban muzik yang membawa kita ke alam yang lebih damai dan sempurna!
Ayu (25 tahun)
"Saya belajar bermain piano dan viola sejak berusia 6 tahun. Saya tidak dapat memikirkan kehidupan tanpa muzik. Muzik merupakan sumber kegembiraan saya dan ia telah banyak memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha."
Melody Ho (12 tahun)
"Saya suka muzik. Apabila muzik berbunyi, saya berasa amat gembira. Bagi saya, muzik ialah cara saya menyampaikan emosi saya dan juga cara saya melepaskan semua stres. Saya bermain muzik pada setiap hari selepas menyiapkan kerja rumah."
Selepas membaca pendapat-pendapat di atas, apakah perasaan anda? Adakah muzik sesuatu yang menggembirakan? Adakah muzik sumber keyakinan dan dorongan?
Sila tinggalkan komen anda. Saya akan membalas komen-komen anda.
Sila tinggalkan komen anda. Saya akan membalas komen-komen anda.
1 comments:
Welcome to blogger! I suggest that you could post about musical instruments for your next post!
Post a Comment