Lagu kanak-kanak merupakan lagu yang dinyanyikan ataupun diajarkan kepada anak-anak oleh orang dewasa, terutamanya ibu-bapa. Irama lagu-lagu genre ini mudah diingati dan berulang-ulang. Lagu-lagu ini biasanya mempunyai rentak yang pantas dan 'lively', iaitu meriah. Lagu seperti ini adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenali perkataan yang mudah dan membuka mulut untuk menyanyi. Biasanya, lirik lagu jenis ini ialah sebuah cerita. Terdapat juga yang membawa pengajaran ataupun nasihat kepada golongan yang muda, tetapi kebanyakannya tiada maksud yang penting, hanya digubah untuk hiburan.
Yang berikut merupakan antara lagu kanak-kanak yang popular di negara kita:
Lagu Bangau Oh Bangau
Lagu Tiga Kupang
"Dua Ekor Harimau" ( Bahasa Cina: Liang Zhi Lao Hu)
Saya Mempunyai Seekor Keldai, Burung Helang dan Anak Ayam, Menarik Lobak Merah
(Bahasa Cina: Wo You Yi Zhi Xiao Mao Lv, Lao Ying Zhua Xiao Ji, Ba Luo Bo)
Contoh Lagu Kanak-kanak dari negara Barat:
Twinkle twinkle Little Star
Mary Had A Little Lamb
0 comments:
Post a Comment