Dunia Muzik Cikgu Chan ♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯

Marilah kita bersama-sama melangkah masuk ke dunia muzik...



APAKAH ITU MUZIK?

"Mewarnakanlah kehidupan saya dengan warna muzik." 
Adakah anda seorang yang menggemari muzik?
Adakah muzik  sesuatu  aspek yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan harian anda? 


Dipetik daripada Wikipedia:


Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang.

Definisi sebenar muzik juga berbeza:
  • Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
  • Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ia boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.

Marilah kita bersama-sama melihat gambar-gambar yang berikut. Daripada gambar-gambar di bawah, kita dapat melihat tanggapan ataupun pendapat orang lain terhadap muzik.


"Apabila perkataan gagal dalam penyampaian sesuatu, muziklah yang akan menyampaikan."
- William Shakespeare


Berdasarkan pandangan William Shakespeare, sasterawan Inggeris  yang amat terkenal pada abad ke-15, beliau berpendapat bahawa muzik merupakan sesuatu cara untuk melahirkan pandangan ataupun fikiran seseorang. Muzik juga merupakan cara seseorang menyampaikan emosinya tanpa perlunya bercakap. Muzik merupakan medium komunikasi yang efektif. Seseorang yang peka terhadap muzik dapat mengetahui atau merasai fikiran dan emosi penyanyi lagu ataupun pemain alat muzik dengan mudah.

"Muzik menyebabkan dunia ini menjadi tempat yang lebih baik."


Sesetengah orang berpegang teguh pada pendapat bahawa dengan wujudnya muzik, dunia ini akan menjadi sesuatu tempat yang lebih harmoni dan aman untuk kehidupan bersama. Saya bersetuju dengan pendirian ini kerana saya yakin bahawa muzik berperanan menyampaikan mesej ataupun pesanan daripada komposer/penyanyi kepada pendengar. Sebagai contoh, lagu-lagu patriotik seperti 'Sejahtera Malaysia', 'Satu Malaysia', 'Bahasa Jiwa Bangsa', dapat menyemai perasaan cinta akan negara dalam jiwa-jiwa masyarakat di negara kita. Selain dijadikan hiburan, lagu-lagu patriotik seperti ini mengajar warga-warga negara supaya mentaati negara dan menghargai tradisi serta lambang-lambang kedaulatan negara. Apabila pengajaran ataupun mesej seperti ini tersebar dengan luas, negara menjadi aman damai dan semua orang dapat hidup sejahtera. Inilah keajaiban muzik yang membawa kita ke alam yang lebih damai dan sempurna!


"Muzik melambangkan perasaan cinta/sayang."




Seperti yang kita semua tahu, banyak orang amat suka muzik. Muzik, bagi mereka, merupakan sebahagian daripada kehidupan harian mereka. Saya telah bertanya kepada beberapa kawan saya tentang pandangan mereka terhadap muzik dan kepentingan muzik dalam kehidupan mereka. Berikut merupakan jawapan-jawapan mereka:

Daniel (21 tahun)

"Muzik sentiasa mempengaruhi kehidupan saya. Saya bermain piano untuk menghiburkan diri dan juga orang lain."

Ayu (25 tahun)

"Saya belajar bermain piano dan viola sejak berusia 6 tahun. Saya tidak dapat memikirkan kehidupan tanpa muzik. Muzik merupakan sumber kegembiraan saya dan ia telah banyak memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha."


Melody Ho (12 tahun)

"Saya suka muzik. Apabila muzik berbunyi, saya berasa amat gembira. Bagi saya, muzik ialah cara saya menyampaikan emosi saya dan juga cara saya melepaskan semua stres. Saya bermain muzik pada setiap hari selepas menyiapkan kerja rumah."



Selepas membaca pendapat-pendapat di atas, apakah perasaan anda? Adakah muzik sesuatu yang menggembirakan? Adakah muzik sumber keyakinan dan dorongan?

Sila tinggalkan komen anda. Saya akan membalas komen-komen anda.  

Total Pageviews

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Pemilik Blog

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Nombor Matrik:D20102043701

Welcome

Para pembaca yang dihormati sekalian, Selamat datang ke chanwaiharn.blogspot.com. Saya sangat mengalu-alukan lawatan anda. Sila berikan komen tentang blog saya ini.

Ikutilah saya di Twitter!

Tekan butang burung di bawah untuk melawati halaman twitter saya!
  • Loading Tweets..

Playlist
MusicPlaylist atMixPod.com

View my profile on

Powered by Blogger.

Followers